Write For Us

Boleh selesai cara baik tanpa melalui media - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin isu kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina masyarakat Bugis dengan Sultan Selangor dapat diselesaikan tanpa campur tangan media.
"Saya yakin perkara yang berbangkit antara Dr Mahathir dengan dakwaan kononnya beliau menghina masyarakat Bugis, itu boleh diselesaikan secara baik, bersopan, tanpa campur tangan media," kata Azmin kepada pemberita.
Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik sahaja selesai sesi penggulungan perbahasan belanjawan 2018 Selangor, hari ini.
Wakil rakyat BN dalam sidang medianya di lobi bangunan Annex hari ini menyatakan akan menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Shukur Idrus berkata penyerahan memorandum itu dibuat selepas kecewa usul tergempar untuk membahaskan isu kenyataan Mahathir yang didakwa menghina masyarakat Bugis ditolak.
Mengulas lanjut berhubung langkah wakil rakyat BN akan menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor esok oleh ADUN Kuang, ini jawab Azmin:

"Tak akan saya boleh halang, itu demokrasi. Siapa nak hantar, hantarlah," kata Azmin ringkas.
Pada 2 November lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui satu kenyataan menyatakan rasa murka terhadap kenyataan yang dibuat Mahathir, dan menyifatkan ia cuba menghasut rakyat untuk membenci masyarakat Bugis.
Mahathir pula sudah menjelaskan perkara itu dengan berkata kenyataan 'lanun Bugis' itu hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukannya seluruh masyarakat Bugis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment