Write For Us

‘Segerakan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Kerajaan perlu menyegerakan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu industri pelancongan yang sudah merasai impak penularan coronavirus, kata Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).
Presidennya, Datuk Tan Kok Liang, berkata kesan penularan virus itu terhadap sektor pelancongan negara mula dilihat dengan kehadiran pelancong di bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu merosot ketara.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan pelaksanaan Pameran MATTA Cuti Cuti Malaysia pada Selasa, 11 Februari.
Dalam pada itu, Kok Liang turut mengesahkan dakwaan bahawa lebih 95,000 tempahan hotel di seluruh negara telah dibatalkan setakat ini membabitkan anggaran kerugian RM40 juta.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment