Write For Us

TERKINI : MB Selangor Umum RM272.5 juta, Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 bagi menangani Covid-19 Fasa Kedua yang membabitkan peruntukan berjumlah RM272.5 juta.

Amirudin berkata, dalam pakej kedua itu, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Tabung Khas Bantuan Covid-19, bermula dengan potongan gaji Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri serta pegawai anak-anak syarikat kerajaan negeri yang mencecah RM8.07 juta.

“Untuk Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, potongan gaji mereka sehingga 50 peratus. Manakala Ahli Dewan Negeri pula 30 peratus.

“Bagi pegawai-pegawai gred Jusa C ke atas dan anak-anak syarikat kerajaan negeri pula potongan gaji sebanyak 30 peratus,” katanya dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 di kediaman Menteri Besar Selangor, di di sini, hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment