Write For Us

1 maut, 5 cedera bas sekolah jatuh gaung

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
319 Views
Published
HULU LANGAT: Seorang pelajar maut manakala lima lagi cedera apabila sebuah bas sekolah terjatuh ke dalam gaung dekat Menara Tinjau Hulu Langat, kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut sumber, bas sekolah berkenaan membawa 34 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik Petaling Jaya dan seorang guru.

Difahamkan, enam pelajar yang terperangkap berjaya dikeluarkan selepas lebih sejam tersepit apabila bas berkenaan terbalik selepas terhumban ke dalam gaung.

"Malangnya seorang daripada mangsa didapati sudah meninggal dunia akibat cedera parah.

"Manakala mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment