Write For Us

10 NGO lapor polis terhadap Namewee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
10 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung rakaman video yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia.
Wakil mereka, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, beliau bersama rakan-rakannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berikutan rakaman video yang mengguris sensitiviti masyarakat berbilang kaum.
Menurutnya, pengarah dan pemuzik kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee yang bertanggungjawab ke atas video itu sengaja membuat provokasi bagi menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Minggu lepas, Namawee memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baru Cina bertajuk “Like a Dog” yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.
Mengulas lanjut laporan polis hari ini Abdul Rani berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan segera ke atas Namewee secepat mungkin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment