Write For Us

Pensyarah pertahan dakwaan, lapor polis terhadap ADUN DAP

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
106 Views
Published
Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Yusoff mempertahankan dakwaannya bahawa Speaker Selangor yang juga ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh memiliki dan membawa agenda Kristian melalui penerbitan bukunya 'Becoming Hannah'.
Dalam satu laporan polis yang dibuatnya di Changloon, Kamarul terkejut buku tersebut mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible.
Beliau juga berpendapat buku itu cuba mempengaruhi atau menghasut seseorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya cenderong kepada agama Kristian.
Kamarul mendakwa Hannah melakukan kesalahan kerana cubaan memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan dia atas alasan agama.
Menurut Kamarul lagi, Hannah didakwa menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di negara ini.
Di dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment