Write For Us

10 ribu lampu jalan kampung siap dipasang tahun depan

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
84 Views
Published
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memasang 10,000 unit lampu jalan kampung (LJK) jenis light emitting diode (LED) di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia bermula tahun ini dan dijangka siap tahun depan.
Menterinya Rina Mohd Harun berkata pemasangan lampu LED itu menggunakan dana incentive based regulation (IBR) kementeriannya bagi tahun 2019 dan 2020 yang akan memanfaatkan penduduk kampung yang memerlukan penggantian lampu jalan sedia ada.
"Inisiatif LJK ini merupakan kerjasama antara KPLB dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), yang pemasangan unit-unit lampu ini akan digerakkan oleh kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Kita fokus kepada pemasangan LJK di kampung-kampung di seluruh negeri di semenanjung dahulu mengikut keperluan kampung-kampung itu sendiri. Untuk Sabah dan Sarawak, kita akan menggunakan peruntukan KPLB," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pemasangan LJK di Kampung Rinching Hilir di Hulu Langat pada Isnin.
Turut hadir Menteri Mestecc, Yeo Bee Yin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment