Write For Us

10,000 pengundi S'gor mohon perintah halang usul sempadan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Seramai 107 individu hari ini memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendapatkan perintah tetap menghalang pembentangan laporan persempadanan semula pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Parlimen.
Setiap pemohon yang mewakili lebih 100 pengundi yang membantah notis kedua SPR mengenai pelaksanaan persempadanan semula di Selangor.
Mereka termasuk bekas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah; Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan beberapa ADUN Selangor yang lain.
Pada sidang akhbar hari ini, pemangku pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari berkata 107 individu itu mewakili lebih 10,000 pengundi di Selangor daripada 17 kawasan DUN dan 11 kawasan Parlimen.
Selain SPR, permohonan yang difailkan semalam itu, juga menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Shahrul berkata permohonan itu difailkan kerana SPR gagal menjalankan siasatan atau inkuiri awam untuk kumpulan yang memfailkan kes masing-masing walaupun mereka telah mengemukakan bantahan.
Pada 9 Mac lalu, SPR berkata mereka telah selesai melaksanakan proses persempadan semula kawasan pilihan raya dan laporan akhir telah diserahkan kepada perdana menteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment