Write For Us

19 Adun Kedah menghadap Sultan Kedah, kedudukan Mukhriz diketahui tak lama lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah daripada PAS, Umno dan Bebas tiba di Wisma Darul Aman di Alor Setar bagi menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini.

Antara yang tiba bermula 9.15 pagi tadi ialah Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor (Jeneri), diikuti Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Tokai), Datuk Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas), Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).

Majlis menghadap itu dipercayai diadakan berikutan krisis politik membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment