Write For Us

19 individu fail saman arah tangkap, usir Zakir Naik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
196 Views
Published
19 individu termasuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) telah memfailkan satu kes untuk mendapatkan antara lain, satu perintah untuk penangkapan dan pengusiran pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.
"(Kami mencari) satu perintah untuk ketua polis negara (IGP) menangkap Dr Zakir Naik dengan segera.
"(Juga), satu perintah membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada (dan) satu perintah buang negeri dia segera dari Malaysia," Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy berkata pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas mereka memfailkan tuntutan mahkamah.
Saman telah difailkan oleh Waythamoorthy dan 18 lainnya , termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim and Pengarah Centre for Policy Initiatives Lim Teck Ghee.
Defendan dinamakan ialah Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi, ketua pengarah Jabatan Imigresen, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, IGP Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment