Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan terburu-buru bertindak ekoran kemungkinan pihak berkuasa India akan memohon Interpol mengeluarkan notis tahap merah terhadap pendakwah, Zakir Naik.
"Kita tunggu sehingga ia benar-benar berlaku," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.
Khalid diminta mengulas mengenai tindakan akan diambil oleh PDRM jika India mendapatkan bantuan Interpol bagi mengeluarkan waran bagi menahan Zakir.
Notis Interpol adalah makluman diedar badan polis antarabangsa untuk berhubung dengan pihak berkuasa sesebuah negara mengenai isu jenayah atau ancaman penjenayah.
Notis tahap merah pula bermaksud permohonan untuk mengesan lokasi seseorang yang dikehendaki sesebuah negara dan menahannya.
Zakir yang terkenal sebagai pendakwah yang lincah berhujah dengan membuat perbandingan antara ajaran Islam dan agama lain.
Pada sebahagian ceramah Zakir, ada beberapa orang akan mengucap syahadah untuk memeluk Islam.
Dia dikehendaki pihak berkuasa India atas tuduhan melibatkan aktiviti pengubahan wang haram dan keganasan.
Hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan Zakir memiliki status pemastautin tetap (PR) Malaysia sejak kira-kira lima tahun lalu.
Menurut Khalid, seseorang yang memiliki status PR atau pelawat mesti sentiasa mematuhi undang-undang negara ini.
"Itu paling penting," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment