Write For Us

Adun DAP sedia taja Zakir Naik tiket sehala ke India

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Selepas desakan untuk mengusir Dr Zakir Naik semakin memuncak, seorang Adun DAP hari ini berkata dia bersedia menaja tiket penerbangan sehala kepada pendakwah kontroversial itu.
Bagaimanapun, Andrew Chen membuat tawaran tersebut dengan syarat bahawa ia seharusnya adalah tiket penerbangan sehala ke India.
Menurut Adun Stulang itu, Zakir yang dilahirkan di India cuba merosakkan keharmonian negara ini dan oleh itu tidak boleh lagi dilayan sebagai tetamu.
"Dia bukan warga Malaysia dan pasti tidak dialu-alukan oleh rakyat negara ini, jadi sila tinggalkan Malaysia dan pergi balik ke India.
"Selepas kembali ke India, tolong jangan datang lagi," kata Andrew yang juga adalah timbalan setiausaha publisiti DAP Johor.
Gesaan itu dibuat ketika menteri-menteri PKR dan DAP menuntut supaya Zakir dihantar balik ke India, di mana dia menjadi buruan atas dakwaan pengubahan wang haram.
Zakir, yang adalah penduduk tetap Malaysia, mendakwa bahawa tuduhan terhadapnya adalah palsu dan keengganan Interpol untuk mengeluarkan Notis Merah terhadapnya adalah bukti dia tidak bersalah.
Zakir membuat kenyataan kontroversi semasa satu syarahan anjuran kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS pada 8 Ogos di Kota Bahru.
Dia dilapor mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di Malaysia, dengan mendakwa mereka lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi berbanding Dr Mahathir Mohamad.
Zakir turut melabelkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai 'tetamu lama' di negara ini.
Bagaimanapun, Zakir mengeluarkan satu kenyataan semalam yang mendakwa bahawa ucapannya mengenai penganut agama Hindu di Malaysia dipetik di luar konteks manakala masih belum mengulas kenyataannya mengenai masyarakat Cina.
Untuk rekod, Dr Mahathir membantah permohonan ektradisi New Delhi dan menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India sehinggalah pendakwah itu dijamin mendapat perbicaraan yang adil di sana.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment