Write For Us

1MDB digesa berhenti tipu tentang RM430j dibeku Switzerland

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Badan bukan kerajaan BERSIH dan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menyelar kenyataan 1MDB yang mendakwa RM430 juta dari tiga bank berasingan yang dibekukan pihak berkuasa Switzerland merupakan denda.
"1MDB perlu berhenti menipu bahawa kononnya wang mereka disahkan 'bersih' di Switzerland.
"Apa yang 1MDB tidak mengaku adalah penyelewengan yang jelas ke atas pengurusan dana 1MDB," kata pengerusi bertindak BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Sebelum ini, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengarahkan "penyingkiran keuntungan dari hasil haram" dari tiga akaun bank berasingan - Falcon Bank dan Coutts & Co Ltd - yang berjumlah RM430 juta.
Pihak berkuasa Switzerland juga menyiasat transaksi berkaitan 1MDB yang dibuat tanpa keperluan untuk membuat transasksi seumpamanya oleh tiga bank berkenaan.
Shahrul menjelaskan Finma berulang kali merujuk jumlah berkenaan sebagai "penyingkiran keuntungan dari hasil haram" atau "perolehan keuntungan secara haram".
"Jika kita lihat kenyataan media rasmi yang dikeluarkan Finma yang memperincikan sekatan mereka terhadap tiga bank itu, 1MDB disebut banyak kali.
"Jadi bagaimana 1MDB dengan mudahnya mengatakan ia tidak kehilangan wang sama sekali?
"Mereka gelar ia sebagai denda. Ia bukan denda. Ia adalah penyingkiran dana haram yang masuk ke dalam bank melalui penggubahan wang haram, dengan menipu atau mencuri," kata pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel yang turut hadir dalam sidang media itu.
Cynthia juga memaklumkan berkenaan usaha ahli parlimen Switzerland Carlo Sommaruga dalam membentangkan usul memohon dana haram dipulangkan kepada negara asal.
Meskipun usul berkenaan tidak diluluskan, kata Cynthia, Sommaruga sedang dalam proses mendraf usul kedua menyentuh isu sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment