Write For Us

1MDB, Equanimity? Tiada kaitan dengan kes Najib - Peguam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan kes yang dihadapi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ini tidak ada kaitan dengan skandal 1MDB ataupun kapal layar Equanimity.
Terdahulu Najib hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta yang didakwa hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti salah itu atau RM5 juta atau yang mana yang lebih tinggi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment