Write For Us

Itu hadiah, tiada kaitan dengan 1MDB - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penyitaan beg tangan dan barangan mewah lain dari kediaman dikaitkan dengannya menimbulkan persepsi negatif sedangkan kebanyakannya adalah hadiah diberikan kepada isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam wawancara Reuters, kata Najib, menantunya Daniyar Nazarbayev, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, memberi banyak hadiah kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
Jelas Najib, menantunya boleh mendapatkan lima atau enam beg tangan mewah Birkin daripada sumbernya pada satu masa memandangkan keluarganya itu mempunyai beberapa cara untuk mendapatkannya.
Penyiasat 1MDB percaya Najib dan Rosmah mengumpul banyak kekayaan menggunakan dana kerajaan.
Hampir 300 kotak beg berjenama dan berpuluh-puluh beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas adalah antara barangan dirampas polis dalam serbuan itu.
Barang itu termasuk beg tangan Birkin daripada pembuat barang mewah Hermes, masing-masing bernilai sehingga ratusan ribu dolar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment