Write For Us

'2-3 tahun PAS serang, saya tak pernah jawab sekali pun'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
70 Views
Published
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tetap mengenang PAS sebagai parti sahabat yang pernah bersamanya suatu ketika dulu.
Bagaimanapun katanya apabila PAS terus menyerangnya - termasuk mendakwa mahu menggugat Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri - beliau terpaksa bersuara dan menegur.
Untuk tempoh selama dua atau tiga tahun lalu, kata Anwar, beliau tidak memberikan reaksi kepada tuduhan dilemparkan PAS.
Namun kini katanya parti terbabit dilihat cuba melaga-lagakan beliau dengan Mahathir.
"Ini kerja PAS, sebab itu saya mula menegur," katanya.
Sebelum itu Anwar menghadiri majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar itu di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Anwar lagi tindakannya itu turut mendapat teguran apabila dilihat bersikap keras kepada PAS, namun ia tidak bermaksud begitu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment