Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertekad tidak mempedulikan reaksi sesetengah pihak yang mahu menghentikannya daripada terus bercakap apa yang difikirkan benar.
Kata Mahathir, jika tidak menyuarakan kebenaran maka kemungkaran akan menguasai rakyat.
Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Mahathir mengulas ada pihak yang ingin menggunakan kekerasan untuk mendiamkannya daripada terus bersuara.
- Rakaman eksklusif mulanya 'serangan' terhadap Tun M
Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.
Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib bagaimanapun tidak melayan undangan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment