Write For Us

"Siapa selepas Najib?" soal Husam di forum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa membangkit kebimbangan masa depan Melayu berhubung isu kepimpinan negara, yang dakwanya sudah menyeleweng dan korup.
Husam mempersoalkan sejauh mana kekuatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memimpin Malaysia, sedangkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun tidak dipercayai sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, kata Husam, beliau melihat struktur kepimpinan yang kuat di dalam barisan pakatan pembangkang dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas Husam, pengganti pelapis yang boleh memimpin negara juga terdiri daripada Rafizi Ramli, Datuk Seri Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata demikian selepas membuat ucaptama dalam forum Hala Tuju Politik Melayu di Putrajaya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment