Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempersoalkan mengapa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak, jika benar Perdana Menteri itu terlibat mengenai dakwaan penyelewengan dana berkaitan 1MDB.
Kata Nazri, DOJ menamakan 'Malaysian Official 1' kerana pihak berkuasa Amerika Syarikat itu tidak mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Najib dengan skandal tersebut.
"Saya hairan banyak tuduhan terhadap Perdana Menteri, mengapa DOJ tidak mengambil tindakan terus terhadap Perdana Menteri? Dakwa dialah.
"Kenapa namakan MO1, kenapa tak namakan terus Najib Razak? Senang. Kenapa? Dia sebut MO1 sebab mereka tak ada bukti. Kalau DOJ cukup bukti, mereka akan dakwa seperti yang dilakukan terhadap Presiden Panama.
"Sebab DOJ tak ada bukti, niat mereka jahat nak juga kait dengan PM, sebab itu dia sebut MO1," kata Nazri.
Beliau menjawab soalan pemberita pada sidang media hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment