Write For Us

Nazri: Tolong tanya Annuar, siapa mangsakan dia?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan Ketua Penerangan parti itu, Tan Sri Annuar Musa bahawa pendiriannya mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) membawa kepada penggantungan beliau sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Nazri berkata beliau secara konsisten menyokong gesaan Putrajaya mengiktiraf UEC dan tidak mengalami sebarang masalah politik berikutan isu itu.
Beliau berkata demikian pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai temu bual Sin Chew Daily dengan Annuar, yang mendakwa menjadi mangsa pihak tertentu kerana sokongannya terhadap UEC.
Annuar percaya bahawa ia adalah sebab utama penggantungan beliau sebagai pengerusi MARA dan bukan kerana isu penajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan.
Nazri berkata Annuar perlu menamakan mereka yang menjadikan beliau sebagai mangsa.
"Tolong tanya kepadanya: Siapa yang jadi mangsa beliau, saya mahu tahu," kata Nazri juga pemimpin veteran Umno seperti Annuar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment