Write For Us

"Rafizi, siapa yang derma?" soal Rizal

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
128 Views
Published
Pegawai khas kepada perdana menteri Datuk Rizal Mansor mahu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjawab lima soalan berhubung dana RM2.7 juta yang dikutip dan dibelanjakan oleh Invoke.
Kata Rizal, walaupun Rafizi dilihat telahpun menjawab persoalan yang dibangkitkan, namun pada hakikatnya beliau masih tidak menjawab secara terang, malah cuba mengalihkan isu.
Antara soalan yang dilontar Rizal kepada Rafizi adalah:
1. Butiran lengkap mengenai derma orang ramai sebanyak RM857,000.
2. Butiran kutipan langganan perkhimatan sukarelawan sebanyak RM1.063 juta.
3. Bukti beliau telah mengeluarkan duit ASB dan Tabung Haji untuk dijadikan modal kewangan ke dalam INVOKE.
5. Bayaran gaji 80 pekerja sepenuh masa INVOKE dan pemotongan EPF dan Socso.
Rizal mendakwa, Rafizi membayar gaji yang rendah kepada pekerja INVOKE walaupun ahli Parlimen Pandan itu sering membangkitkan soal pekerja yang dibayar gaji rendah tatkala berdepan kos sara hidup tinggi.
KiniTV tidak dapat mengesahkan kesahihkan dakwaan tersebut namun menunggu maklum balas daripada Rafizi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment