Write For Us

Siapa nak tanam pokok untuk peneroka kalau duit tak ada, soal Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
164 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan kebertanggungjawaban Felda dalam menguruskan penanaman semula pokok kepala sawit untuk peneroka-peneroka sedangkan kewangan Felda kini hanya tinggal RM291 juta sahaja.
Menurut Penyata Kewangan Felda 2014 yang telah diaudit, Rafizi mendakwa Felda hanya mempunyai tunai dalam tangan sebanyak RM291 juta.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara anjuran INVOKE Malaysia malam tadi.
Pada 29 Disember lalu, Rafizi mendakwa Felda mungkin berdepan dengan masalah memenuhi tanggungjawab teras kepada kira-kira 100,000 peneroka Felda.
Katanya, ladang kelapa sawit kira-kira 100,000 peneroka yang menyertai skim itu pada 1980-an perlu ditanam semula kerana tanaman mereka sudah berusia.
Walau bagaimanapun, katanya, akaun Felda yang diaudit pada tahun 2014 menunjukkan bahawa kos penanaman semula berjumlah sekitar RM2.5 bilion, manakala pendapatan yang dicatatkan hanya RM 871.1 juta.
Ini menimbulkan keraguan sama ada Felda mampu membantu peneroka menanam semula. Tanpa bantuan daripada Felda, Rafizi berkata, sebahagian besar peneroka yang dalam lingkungan usia 60-an, akan menderita.
Ini susulan mengenai pembelian terancang Felda yang mahu mengambil alih pegangan saham 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations Tbk, di mana Felda mengumumkan akan membeli kepentingan bukan kawalan dalam perladangan di Indonesia pada harga AS$505.4 juta atau RM2.26 bilion.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan keputusan Felda untuk membeli pegangan dalam PT Eagle High Plantation Tbk (EHP) Indonesia adalah penting bagi kemajuannya kerana syarikat itu telah sampai ke tahap di mana ia perlu membuat perubahan selepas enam dekad berada dalam industri.
Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan), Muzzammil Mohd Nor berkata sekiranya tidak berbuat demikian ini bermakna FELDA tidak akan berkembang manakala pesaing lain dalam sektor minyak sawit global semakin maju ke hadapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment