Write For Us

'2 juta peluang kerja hilang jika projek sekarang dicantas'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak memberi amaran 2.2 juta peluang pekerjaan akan hilang jika pembangkang mencantas projek-projek perangsang ekonomi sedia apabila membentuk kerajaan.
“Sekiranya projek-projek pembangunan ini dibatalkan, sebanyak 2.2 juta peluang pekerjaan akan hilang begitu sahaja, termasuk pekerja mahir yang berpendapatan lebih RM3,000.
“Bukan itu sahaja, dengan membatalkan projek ECRL, negeri-negeri Pantai Timur tidak menerima pembangunan seiring dengan Lembah Kelang,” tulisnya di blog beliau.
Projek-projek dirujuk Najib itu termasuk Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR), Lebuh Raya Pan Borneo, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange, MRT, Pengerang dan KL118.
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berjanji untuk menyemak semula pelaburan dan pinjaman dari China jika gabungan itu menang dalam pilihan raya 9 Mei ini.

Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment