Write For Us

FAM 'hilang' puluhan juta jika TMJ 'angkat kaki' - Hamidin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Kritikan hebat terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan kata-kata baginda bahawa kerja di FAM adalah 'part time' sahaja membuatkan Setiausaha Agung FAM mengeluarkan kata-katanya.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin membidas para penyokong bola sepak tanah air yang disifatkannya sebagai 'mengada-ngada sangat'
"Semua yang ada dalam persatuan bola sepak negeri masing-masing juga ‘part time’. Jadi ianya memang betul, kerana tugas dan tanggungjawab pertama baginda adalah berkhidmat kepada negeri Johor".
Tegas Hamidin beliau melihat tindakan penyokong mencaci , memaki menunjukkan negara kita bukan negara maju dan ia seperti 'low class minded'.
Tambah Hamidin tanpa TMj, FAM akan lebih teruk kerana kini banyak syarikat yang ingin membuat pelaburan sekitar RM60 juta hingga RM80 juta, tetapi jika TMj 'angkat kaki' pastinya syarikat-syarikat berkenaan akan menarik diri.
Ini kerana menurut Hamidin syarikat-syarikat berkenaan mahu melabur disebabkan kepimpinan TMJ.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment