Write For Us

22 tahun saya sokong, Tun M lupa - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran negara adalah disebabkan beliau masih mahu menguasai pentadbiran negara.
Menurutnya dalam rakaman wawancara khas di televisyen I-News malam tadi, bekas perdana menteri itu masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau kemungkinan disebabkan terdapat projeknya yang tidak ditunaikan.
Katanya, Dr Mahathir mungkin lupa bahawa beliau adalah penyokong setianya selama 22 tahun malah menyokong kuat bekas presiden parti itu ketika hampir separuh daripada anggota parti tidak menyokong kepimpinannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment