Write For Us

'Saya lupa kemas kini maklumat LinkedIn'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Muhammad Aiman Zainali menjadi individu terbaru dalam Pakatan Harapan (PH) yang terpaksa menjelaskan latar belakang akademiknya.
Calon PRK Semenyih berusia 30 tahun itu menjelaskan beliau memang belum menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) dan tidak pernah mendakwa sebaliknya.
Menurut laporan The Star Online hari ini, ada beberapa percanggahan berkenaan maklumat pelajaran di profilnya dalam laman rangkaian profesional, LinkedIn.
Menurut laporan, terdapat risalah kempen yang memaklumkan Aiman, menantu kepada penyandang DUN Semenyih Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, sedang menuntut di peringkat PhD dalam kejuruteraan elektrik, manakala profil LinkedIn menyatakan beliau menamatkan pelajaran peringkat itu pada 2016.
Jelasnya, ketika membuat akaun itu, beliau menyatakan jangkaan tamat belajar pada 2016 tetapi ia tidak terjadi kerana beliau terpaksa tangguh pengajian untuk menjaga nenek yang sakit, sehingga terlupa untuk mengemas kini akaun LinkedIn.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment