Write For Us

'Maklumat saya, Anwar, Nor Yakcop tak dimasuk dalam laporan RCI'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran asing (forex) pada 90-an dimanipulasi.
Pengerusi Pakatan Harapan berkata tidak semua fakta dimasukkan, termasuk keterangannya, keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Mereka memilih-milih apa yang dimasukkan dalam laporan RCI dan ia bertujuan untuk memburuk-burukan nama orang tertentu, termasuk saya, supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap saya.
“Sebabnya adalah kerana saya memimpin parti lawan.
“Kalau tak pimpin parti lawan, saya rasa saya selamat,” katanya.
Mahathir semalam menghantar notis tuntutan kepada RCI supaya memasukkan hujah dan keterangannya semasa pendengaran, setebal 495 muka surat.
Bekas perdana menteri keempat itu memberi masa sehingga jam 5 petang hari Jumaat ini untuk berbuat demikian atau tindakan undang-undang akan diambil.
Dokumen permohonan bertulis Mahathir, penghujahan peguam, transkrip prosiding penghujahan dan tiga permintaan bertulis antara maklumat yang tiada dalam laporan RCI setebal 524 muka surat itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment