Write For Us

RCI forex salahkan Nor Yakcop, babitkan Dr M dan Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Bank Negara mengalami kerugian RM31.5 bilion dalam dagangan tukaran wang asing (forex) antara daripada 1992 hingga 1994, menurut suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat perkara itu.
RCI juga memutuskan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara ketika itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap urus niaga itu.
Suruhanjaya itu juga berpendapat bahawa insiden itu melibatkan pecah amanah bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.
Nor Mohamed menguruskan portfolio Bank Negara antara tahun 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.
Bagaimanapun, RCI berpendapat pihak lain juga patut memiliki tanggungjawab sama.
Menurut laporan itu, walaupun beliau mendominasi dana bank negara dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.
Justeru, menurut laporan itu lagi, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat.
Laporan tebal lebih 500 halaman itu itu dikeluarkan hari ini.
Individu-individu itu, menurut RCI, adalah gabenor Jaafar Hussein, timbalannya Lin See Yan, lembaga pengarah-pengarah, menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment