Write For Us

28 kes positif di Pusat Bandar Utara, sekitar Pasar Borong KL

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
56 Views
Published
Sebanyak 28 kes positif COVID-19 direkodkan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, dengan satu kematian membabitkan warga Myanmar berusia 36 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan sebanyak 2,064 sampel sudah diambil melalui pengesanan kes aktif di kawasan itu, yang kini sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 3 Mei ini.

"Seorang warga Myanmar datang ke Hospital Selayang dan ketika itu sudah di kategori empat, dan kemudian diintubasi. Ujian swab dilakukan dan disahkan COVID-19.

"Disebabkan itu, kita perlu fokus di lokasi dan kumpulan sasar. Kumpulan berisiko tinggi yang disasarkan secara asasnya adalah di Pasar Borong Kuala Lumpur dan kita sudah ambil tindakan PKPD di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment