Write For Us

'28 tahun bertahan, Pulau Pinang tak mampu buat macam Kelantan'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
83 Views
Published
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kerajaan Kelantan bukan meminta sedekah daripada Putrajaya.
Sebaliknya, Abdul Hadi berkata adalah menjadi tanggugjawab kerajaan pusat untuk menyediakan bantuan kewangan kepada negeri itu.
Abdul Hadi berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan Pejabat Perbendaharaan Kelantan meminta bantuan pinjaman daripada pusat untuk membayar gaji kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata bantuan sedemikian juga telah diberikan semasa era BN, meskipun terdapat beberapa penangguhan.
Manakala disoal berhubung permintaan Lim untuk Kelantan menjelaskan kenapa negeri itu terbeban dengan jumlah hutang yang tinggi, Abdul Hadi berkata semua negeri mempunyai hutang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment