Write For Us

Banjir: Pulau Pinang sumbang RM100,000 pada Kelantan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi membantu rakyat Kelantan yang terjejas akibat banjir.
Lim berkata RM50,000 akan disalurkan kepada kerajaan negeri Kelantan manakala baki RM50,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan.
Lim juga turut berdoa agar cuaca di Kelantan tidak bertambah buruk dan berharap rakyat negeri itu dapat bertabah dan bersabar.
“Kita semua akan berdoa agar cuaca tidak akan menjadi lebih buruk, dan sebagai negeri yang pernah dilanda bencana teruk baru-baru ini, saya berharap agar rakyat di Kelantan dapat bertabah hati dan sabar.
“Sebagai tanda simpati, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan sebanyak RM100,000, iaitu RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan RM50,000 lagi kepada NGO berwajib di Kelantan,” katanya pada sidang media hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment