Write For Us

4 beradik hafaz Al - Quran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Bagi empat beradik ini penyertaan mereka dalam Tilawah al-Quran bukan mengharapkan kemenangan dan hadiah sebaliknya mencabar diri masing-masing dalam menghasilkan kualiti dan kekuatan menghafaz kitab suci itu.
Penyertaan empat beradik itu iaitu Norhafizah Mohd Shafie, 25; Muhammad Hafiz, 23; Ahmad Shahid, 22, dan Radiah, 16, pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan, hari ini menarik perhatian hadirin yang nyata kagum dengan semangat mereka.
Lebih manis, walaupun hadiah bukan sandaran untuk mereka menyertai pertandingan itu, namun masing-masing mencipta kemenangan dalam kategori disertai iaitu Norhafizah muncul johan kategori hafazan perempuan 1 hingga 30 juzuk manakala masing-masing di tempat ketiga iaitu Ahmad Shahid (1-30 juzuk), Muhammad Hafiz (1-20 juzuk) manakala Radiah juga di tempat ketiga 1-20 juzuk.
Bapa mereka, Mohd Shafie Md Amin, 57, membuka Maahad Tahfiz Al Itqaan di Taman Nirwana, Ampang dan setakat ini mempunyai 200 pelajar.
Norhafizah yang juga anak ketujuh daripada 13 beradik berkata, penyertaan mereka empat beradik didorong oleh bapa mereka.
"Bermula usia empat tahun, kami 13 beradik dipaksa bapa menghafaz al-Quran.
"Bapa mencipta formula tersendiri untuk kami ikut, ketika kecil kami dipaksa kemudian makin lama makin besar bapa sendiri fahamkan kami kelebihan hafazan dan keistimewaan kita dapat sehingga timbul kesedaran sendiri memelihara hafazan," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, semua adik beradiknya berjaya menghafaz mengikut usia masing-masing dan ada yang seawal 12 tahun.
"Macam saya, habis menghafaz usia 16 tahun. Bapa sangat menitikberatkan penjagaan makanan, kami disuruh makan buah-buahan, elakkan makanan segera dan serbuk perasa," katanya.
Ditanya penyertaan mereka dalam tilawah itu, Norhafizah berkata, mereka menjadikan setiap pertandingan sebagai medium mengukur tahap kekuatan hafazan diterap bapa.
"Kalau kita tidak masuk pertandingan, kita takkan tahu kekuatan hafazan, masa mula-mula gementar dan pernah kami adik beradik tidak dapat nombor langsung.
"Bagaimanapun, tahun demi tahun makin mendapat tempat dan baiki setiap kesalahan. Kami tidak pernah mengharapkan kemenangan yang penting buat yang terbaik," kata guru al-Quran di maahad tahfiz bapanya itu.
Bagi anak kesembilan, Ahmad Shahid pula, kemenangan adalah bonus buat dirinya tetapi membaiki hafazan adalah keutamaan buat mereka memasuki pertandingan.
"Soal menang atau kalah adalah nombor dua, yang penting kena gandakan usaha dan buat terbaik lagi selepas ini," katanya yang juga guru di maahad tahfiz itu.
Pendapat sama turut dikongsi Muhammad Hafiz yang banyak belajar menghasilkan kualiti bacaan dalam pertandingan.
"Tahun lepas saya memasuki pertandingan sama, tapi tidak mendapat sebarang nombor dan tahun ini Alhamdulillah di tempat ketiga.
"Melalui pertandingan kita memang akan mencabar diri menghasilkan kualiti dalam setiap bacaan al-Quran," katanya.
Bagi anak ke-12, Radiah pula terasa kekok jika sehari dia tidak membelek kitab suci al-Quran itu.
"Setiap hari bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari saya akan mengulang membaca al-Quran, bagi mendapat daya ingatan yang baik saya akan membaca dan mendengar hafazan rakan," katanya yang belajar di maahad tahfiz itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment