Write For Us

5 maut kemalangan rempuh belakang lori

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Lima maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan, awal pagi Jumaat, 20 Disember.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi, pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52, serta empat penumpangnya, Jamilah Jalim @Jamil, 47, Bashirah Jalim@Jamil, 49, Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman, berkata kereta Perodua Myvi dinaiki kelima-lima mangsa merempuh sebuah lori membawa muatan buah dari arah belakang.
Kemalangan ini berlaku ketika lori terbabit dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun yang dalam perjalanan dari Selama menuju ke Selayang.
Ketika tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh kereta Perodua Myvi di lorong kiri lebuh raya terbabit.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment