Write For Us

5 Projek khas resolusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 Belia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Cadangan pelaksanaan lima projek khas adalah antara resolusi yang dicapai pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bagi belia selama dua hari yang berakhir, pada 18 Disember.
Lima projek khas berkenaan adalah Kepemimpinan Belia, Program Pertukaran Belia, Kemanusiaan dan Kesukarelawanan, Teknologi dan Kemapanan serta Kemahiran dan Latihan yang akan dibentangkan pada sidang kemuncak, 19 Disember.
Resolusi yang dicapai pada sidang kemuncak belia dan akan diangkat ke persidangan utama itu, diserahkan oleh Pengarah Jawatankuasa Penganjur Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (Belia), Abdul Muhaimin Mohd Mohyeddin kepada Ahli Lembaga Penasihat persidangan kemuncak, Datuk Seri Mustapha Mohamad.
Sidang kemuncak belia juga menyenaraikan enam kluster untuk diberi tumpuan, iaitu pendidikan, ekonomi, politik, keusahawanan, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan tadbir urus yang baik.
Resolusi bagi pendidikan dengan tema 'Ke Arah Kesejahteraan Pemuda 2030', antara lain mencadangkan supaya idea orang muda diguna pakai bagi merangka dasar pendidikan negara.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment