Write For Us

"6 atau 7 juta buat pasukan, jangan bagi sesen pun pada FAM"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan ibrahim menyasarkan wang penajaan luar negara bagi setiap pasukan Liga M adalah RM6 juta atau RM7 juta setahun.
Ini boleh dicapai dengan rombakan wang penajaan dan pertambahan pemain import kouta Asia Tenggara yang telah diusulkan ketika mesyuarat lembaga pengarah Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
"Kemasukan pemain import dapat mendorong tajaan luar negara dan saya berharap setiap pasukan menerima sekurang-kurangnya RM6 juta atau RM7 juta setahun".
Jika perkara itu tidak tercapai pada tahun pertama, sekurang-kurangnya RM4 juta untuk pasukan Liga Super dan RM2 juta untuk Liga Perdana.
Tegas TMJ yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bahawa FAM tidak akan mengambil sedikit pun dari pertambahan wang penajaan luar tersebut.
"Dengan sponsorship (penajaan) yang baru, saya tak nak satu sen pun pergi kepada FAM. Saya nak semua pergi kepada pasukan-pasukan yang bertanding"
Namun Tunku Ismail berkata perkara ini akan dihalusi pada mesyuarat EXCO FAM dalam masa terdekat nanti di Kedah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment