Write For Us

65 kes PUI direkodkan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 65 kes Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata 34 daripada jumlah itu membabitkan rakyat tempatan, 30 warga China dan seorang warga Jordan.
Dr Dzulkefly berkata, sejak 4 Januari lalu, KKM meningkatkan saringan ke atas semua pengembara dari China di pintu masuk antarabangsa (PMA) negara sebagai langkah menghadapi 2019-nCoV.
Saringan dilakukan di semua 64 pintu masuk antarabangsa membabitkan lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan serta pintu masuk darat termasuk menjalankan pemeriksaan rawak ke atas rakyat Malaysia yang menggunakan ‘autogate’.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment