Write For Us

66 rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Seramai 66 rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.50 pagi Rabu, 26 Februari.
Kesemua mereka tiba di KLIA dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan dengan menaiki penerbangan AirAsia AK8265.
Setibanya di KLIA, mereka perlu menjalani saringan kesihatan sebelum dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang terletak di Nilai bagi proses kuarantin selama 14 hari.
Pada Selasa, pesawat khas itu berlepas ke Wuhan di wilayah Hubei dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 5.58 petang.
Penerbangan itu turut membawa 12 kru, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia serta dua pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan jumlah keseluruhan yang menaiki pesawat itu ialah 89 orang.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, bilangan awal penumpang yang dijangka kembali ke Malaysia adalah 75 orang tetapi sembilan daripada mereka tidak dapat menyertai penerbangan itu atas pelbagai faktor.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment