Write For Us

7 jam beri keterangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
MUHAMMED Yusoff Rawther selesai memberi keterangan selama tujuh jam di Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammed Yusoff yang memberi keterangan bermula 2 petang diiringi peguamnya, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla, keluar pada 9.15 malam.
Mohamed Haniff berkata, keterangan Muhammed Yusoff direkod oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Pada Sabtu, 7 Disember, Muhammed Yusoff yang membuat akuan bersumpah berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh Anwar, membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment