Write For Us

"Abdul Rashid boleh bongkar konspirasi SPR," dedah Azmin dalam DUN Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
161 Views
Published
Pakatan pembangkang dilihat mempunyai kelebihan dengan penyertaan bekas orang kuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata pengalaman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam agensi pengendali pilihan raya negara dapat dimanfaatkan bagi menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang.
Pelantikan itu juga kata Azmin dipercayai membolehkan "penipuan BN" serta konspirasi parti itu didedahkan kepada orang ramai.
Kata Azmin SPR jelas dipergunakan BN seperti dalam isu persempadanan semula kawasan pilihan raya.
"SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka (BN) untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN,” katanya.
Azmin berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan di sidang DUN Selangor di Shah Alam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment