Write For Us

Acryl Sani dilantik jadi pemangku timbalan ketua polis negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Menurut Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, perlantikan itu masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Acryl Sani menggantikan Mazlan Mansor yang bersara wajib bermula esok.

Sebelum itu, majlis serah terima tugas jawatan nombor dua tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM di Cheras, Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment