Write For Us

Ada pengundi gunakan laluan khas dari Singapura - Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ada beberapa pengundi yang sudah menggunakan laluan khas di CIQ untuk mengundi di PRK Tanjung Piai namun jumlahnya sedikit.
"Ada juga laporan awal pagi tadi tapi waktu itu jumlahnya tak besar. Mungkin kerana awal sangat agaknya.
"Saya belum dapatkan laporan terkini jumlah yang gunakan laluan khas. Apa-apapun itu masih beroperasi," kata Muhyiddin pada sidang media di Tanjung Piai, tengah hari tadi.
Sebelum ini, Jabatan Imigresen berkata akan menyediakan laluan khas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Ismail serta Bangunan Sultan Abu Bakar bagi pengundi PRK Tanjung Piai yang bekerja atau tinggal di Singapura pulang mengundi pada 16 November ini.
Laluan itu bertujuan memastikan pengundi dari Singapura sempat pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment