Write For Us

Ada pihak kata PH jatuh 66 hari lepas sumpah laknat saya - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak Allah SWT telah menunjukkan kebenaran susulan sumpah laknat yang dibuatnya apabila runtuhnya kerajaan PH yang didakwa menganiayai dirinya.

MP Pekan dipetik portal Malaysia Gazette berkata terdapat pihak yang mengatakan kejatuhan PH berlaku "66 hari" selepas beliau melakukan sumpah laknat terhadap pihak yang dikatakan memfitnahnya berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sumpah laknat itu dilakukan pada bulan Disember 2019. Ia sebagai tindak balas bekas perdana menteri terhadap tuduhan daripada bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) polis Azilah Hadri bahawa Najib telah mengarahkannya membunuh Altantuya pada tahun 2006.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment