Write For Us

Hak Zahid kalau nak sumpah laknat, saya bercakap benar - Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
52 Views
Published
Muhyiddin Yassin berkata Ahmad Zahid Hamidi berhak membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaannya meminta dilepaskan daripada kes mahkamah, namun bekas perdana menteri itu menegaskan dirinya bercakap benar.

Ini selepas Presiden Umno itu menyatakan kesanggupannya membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Muhyiddin bahawa dia pernah meminta pertolongan berkaitan perbicaraan kesnya di mahkamah.

Dalam ceramah di Tangkak, Johor pada 17 Febuari lalu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mendakwa Zahid melawatnya selepas dia dilantik sebagai perdana menteri dengan membawa ‘fail bertimbun’.

Sumber: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/341736987879109
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment