Write For Us

Ada pihak lihat agama satu komoditi jana keuntungan - IKIM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata IKIM akan terus berusaha melestarikan tamadun negara melalui pemahaman agama yang mendalam dan menyemaikan nilai-nilai mulia agar mampu mengubah sikap dan amalan masyarakat.
Mengulas mengenai segelintir pihak yang menjalankan aktiviti yang memberi persepsi negatif dan salah faham mengenai Islam, beliau berkata golongan itu mungkin cetek kefahaman mengenai Islam.
"Mungkin pihak itu melihat agama sebagai satu komoditi untuk mendapatkan keuntungan.
"Dalam masa semua orang ingin kembali kepada agama, adakala pemikiran mereka mudah dimanipulasi kerana mereka tidak benar-benar memahami Islam. Itu adalah antara isu-isu yang warga IKIM akan beri penjelasan apabila diberi peluang," jelasnya.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita selepas Karnival Ulang Tahun ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan pelancaran buku IKIM hari ini.
Baru-baru ini, timbul isu mengenai perkhidmatan 'Valet Doa' yang mula tular di laman sosial selepas ramai netizen mengecam dan kesal terhadap perniagaan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah, kononnya ditawarkan kepada mereka yang tidak mampu ke Tanah Suci.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun Facebook pengasas Valet Doa.
Ini diikuti upacara pembomohan Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai "Raja Bomoh" yang terkenal menggunakan pelbagai peralatan seperti buluh, bubu, buah tembikai dan buah kelapa, kononnya mahu menghalang Korea Utara menyerang Malaysia.
Namun, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menegaskan upacara pembomohan Ibrahim telah diwartakan haram bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment