Write For Us

Rakyat tak mahu lihat satu lagi BN 2.0, kata DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Tidak timbul soal siapa ketuai siapa dalam Pakatan Harapan seperti mana yang dilaporkan sebelum ini bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menerajui Pakatan pembangkang itu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata ini kerana HARAPAN adalah gabungan politik yang mempunyai kekuatan yang sama dan tidak ada satu parti yang dominan.
Anthony berkata demikian dalam sidang medianya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang memberi bayangan bahawa partinya ingin menerajui perjuangan HARAPAN.
Muhyiddin dalam ceramahnya di Padang Rengas, pada Sabtu lalu berkata langkah itu penting bagi memastikan HARAPAN tersebut dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
Kata Muhyiddin, gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripadanya.
Bagaimanapun, Muhyididn berkata, perkara itu akan dibicangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
Mengulas lanjut, Anthony yang juga anggota Parlimen Seremban itu berkata HARAPAN tidak akan mengambil pendekatan yang digunapakai oleh BN dimana ia dimonopoli oleh parti Umno.
Tegas Anthony, ini kerana rakyat Malaysia tak mahu melihat satu lagi BN 2.0.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment