Write For Us

Ramai sangat mahu lihat Muafakat Nasional terkubur - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa gabungan parti itu bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN) tidak akan terbubar.

Sebaliknya beliau berkata, hubungan kerjasama antara dua parti terbesar mewakili kaum Melayu itu akan terus diperkasa bukan sekadar menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi terus dipertahan selepas PRU15.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Muafakat Nasional di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, semalam, yang turut dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Hadi dan pimpinan PAS yang lain kerana masih terus istiqamah bersama UMNO mendepani cabaran politik tanah air.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment