Write For Us

'Ada rakyat Malaysia yang betul-betul tak boleh cakap bahasa Malaysia'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
196 Views
Published
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh menegaskan isu sama ada kerajaan perlu melucutkan kewarganegaraan mereka yang tidak mahir dalam bahasa kebangsaan hanyalah sekadar pertanyaan dan bukan cadangan.
Ini kerana, menurut setiausaha agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baru dilantik itu, persoalan tersebut dibangkitkan beliau ekoran maklumat yang diterimanya.
"Saya tanya apakah yang membawa maksud soalan, saya tak kata saya mencadangkan sebaliknya saya tanya apakah langkah kerajaan atau apakah kerajaan akan melucutkan kerakyatan kepada mana-mana orang (termasuk Melayu, Cina dan India) yang tidak boleh bercakap bahasa Malaysia, bukan yang tidak fasih atau tidak mahir.
"Kerana saya dapat maklumat ada rakyat Malaysia yang betul-betul tak boleh cakap bahasa Malaysia," kata Shahruddin dalam temubual ekskluasif bersama Malaysiakini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment