Write For Us

'Tiada kerajaan yang betul-betul nak Islam'- Mohd Amar

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
10 Views
Published
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah mendakwa walaupun Malaysia sudah diperintah oleh kerajaan Islam selama lebih 60 tahun, namun tiada satu pun kerajaan yang bersungguh membela perjuangan Islam sehingga terdapat anasir yang berani mencabar undang-undang syariah negara.

Mohd Amar merujuk kepada kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mendakwa 20 peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang turut meliputi kesalahan sama.

Kedua-duanya berpendirian, kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah adalah di bawah bidang kuasa Parlimen manakala DUN hanya diberi hak untuk menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.

Kedua-dua individu berkenaan menggesa pihak mahkamah mengisytiharkan bahawa peruntukan tersebut batal dan tidak sah.

Sumber video: https://www.facebook.com/paspusat/videos/898875291239118
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment