Write For Us

'Adakah dia terlibat dalam mesyuarat kabinet itu?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempersoalkan dakwaan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong bahawa kabinet tidak dimaklumkan berhubung penglibatan Malaysia dalam operasi ketenteraan membantu Pakatan Arab Saudi di Yaman semalam.
"Saya nak tanya dulu, adakah beliau terlibat dalam mesyuarat kabinet itu?," soal Zahid ringkas ketika ditemui di lobi Parlimen.
Semalam Liew memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia sebelum ini menugaskan 42 pegawai tentera ke Riyadh, Arab Saudi pada April 2015 untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman.
Operasi berkenaan dikenali sebagai Ops Yaman 1.
Bagaimanapun, pada Jun 2015, misi itu ditukar menjadi misi logistik yang dikenali sebagai Ops Yaman 2 dengan penglibatan 94 pegawai tentera.
Ketika itu, kata Liew, Kabinet tidak dimaklumkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment