Write For Us

Najib tiba pengerusikan mesyuarat Kabinet

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sebalik desas-desus pembubaran Parlimen hari ini.
Kenderaan rasmi perdana menteri kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pada 8.40 pagi.
Sebelum itu, kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet turut kelihatan memasuki bangunan tersebut untuk menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet.
Ramai pemerhati politik mengandaikan mesyuarat itu mungkin yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.
Sekumpulan jurugambar dan wartawan turut menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Perdana Putra seawal 7 pagi bagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment